Ops, Dia Datang Lagi.

dalam tebal asap hitam
dalam sibuk perang mengerang
dalam dentuman senapang patah
dalam beribu nyawa bersepah
dalam laju peluru meluru
dalam letupan bom pemusnah
dalam kehancuran kubu kubu
aku jumpa sebentuk hati merah
mungkin ada yang tercicir
mungkin juga jodoh sudah mendarat diKLIA

tunggu aku!
tunggu aku!

Baju Putih.

padang luas terkangkang
matahari marak
daun daun kering
pokok mati
manusia pening
bunyi bising lori
sesak konfrontasi antara musuh
dan
aku ditengah
bersama layang layang rabak
botol kaca mabuk
sisa kotor drama lama
berlari atas satu garis lurus
yang tak pernah bertanda garis penamat
mungkin aku akan terus berlari
mungkin juga aku akan menyambut ajal
diseparuh landasan itu nanti.

Funfair.

Hai si comel. Jom kita pergi funfair. Nak tak? Boleh main bumper car. Gelak gelak besar. Boleh masuk rumah hantu. Jerit jerit kuat. Boleh beli lolipop besar bulat warna warni. Semua warna yang awak suka semua ada kat lolipop tu. Hehe. Boleh main game tiup itik sampai hujung, siapa kalah kena simbah. Best kan? Tapi sayang, awak patung yang hanya tahu senyum. Haih.

Rasa.

tarik tali tak putus
koyak baju tak rabak
kunyah gum tak luak
rasa rasa tak merasa
rasa rasa kau rasa?

lap lip.

malam ni buat aku beku
layan kalau ada
megi goreng panas
dan
teh o suam
tapi
bukan spaghetti
aku benci spaghetti.

Alia & Bulan.

Alia berdendam dengan bulan. Kerana bulan tak ada untuk Alia di malam valentine pertengahan dua bulan lepas. Alia tak ada teman lelaki. Teman Alia cuma bulan. Bulan tempat Alia mengadu. Bulan tempat Alia menangis. Bulan tempat Alia luahkan segala rasa dalam hati. Bulan tempat Alia bergembira. Bulan tempat Alia peluk bila sejuk. Dan bila bulan tiada untuk satu malam itu, Alia hilang mood. Mood untuk makan, mandi, senyum, pakai dress putih, lompat-lompat atas katil. Hilang. Tiba-tiba.

Alia sangat marahkan bulan kerana tidak muncul pada malam valentine pertengahan dua bulan lepas. Sangat marahkan. Malam valentine itu Alia make up cantik. Macam puteri. Tunggu bulan, tapi bulan tak muncul muncul. Alia menangius. Marah. Geram sangat pada malam itu.

Dan sampai ke hari ini Alia masih tak bercakap dengan bulan. Tingkap biliknya sentiasa tertutup. Tiada lagi cahaya. Semuanya suram seperti rumah lama. Setiap malam Alia menulis surat untuk bulan. Menulis apa yang terjadi padanya setiap hari. Tapi tidak pernah sekali pun Alia bagi kepada bulan untuk membaca surat suratnya itu. Alia tulis, dan menyimpannya dalam laci. Alia rindu bulan. Tapi Alia mahu bulan rasa yang Alia benci bulan.

Sejak dari peristiwa itu, tidur Alia tidak pernah nyenyak.

Melankoli.

Pernahkah kau terfikir untuk bangun dari tidur di satu pagi yang mendung itu. Gosok gigi. Buat roti telur untuk sendiri. Dan hisap rokok murah kerana gaji sangkut. Lepak dalam bilik. Baring atas katil yang cadarnya entah bila mahu ditukar. Fikir pasal kehidupan, watak untuk esok, kisah cinta bertubi tubi dan lain lain. Memang tiada penghujung dan penamatnaya. Tapi kenapa kau kau mahu juga fikirkan? Sebab bosan menunggu hujan pagi itu? ataupun gasih gadis dalam contacts handphone semua dah ada pacar? Ya, bila sunyi itu datang, muncul pula bosan. Disedapkan lagi dengan flashback hitam putih. Tapi...tiada bahagia. (flashback = sedih, rindu, penyesalan, kesilapan, kesepian) Flashback manusia manusia seperti kita bukan kebahagiaan masa lampau. Tetapi kesilapan yang telah kita buat masa lampau mengakibatkan kesedihan dan penyesalan yang datang. Bukan kebahagiaan. Itu aku. Ya, telah banyak hati aku hancurkan. musnahkan. matikan.

Dan kini, aku pula merasa apa yang mereka mereka rasa. Terima kasih pari pari suci. Kerana beri kesempatan untuk aku merasa apa yang kamu kamu rasa. Terima kasih.

Hujan dah turun. Bilik dah gelap. Aku mahu tidur dan bersedia untuk dibunuh oleh pari pari suci dalam mimpi kali ini. Mimpi yang takkan pernah aku lupa. Selamat.

Pesta.

pagi tadi aku bangkit dari tidur
tepat jam lapan
aku lihat sekeliling
hati-hati suci sudah tiada lagi
badan aku berlumuran darah darah hitam
dan
perut terasa penuh..kenyang.

Si Lelaki & Si Wanita.

Si lelaki sedang melihat si wanita sedang menyanyi melalak lalak dengan 'pakaian telan air liur' di depannya. Si wanita menyanyi melalak lalak dalam keadaan mabuk kepayang. Si wanita dengan gerak perlahan membuka satu persatu bahagian pakaiannya. Lalu jadilah si wanita menyanyi melalak lalak dalam keadaan bogel. Si wanita menuju ke arah si lelaki dengan lagak menggoda. Dan duduk atas peha si lelaki. Si wanita bisik halus ditelinga si lelaki sambil gigit gigit manja cuping telinga si lelaki, 'lupakan aku malam ini sayang'. Kemudian si wanita terus menikam perut si lelaki. Si lelaki mati di tempat kejadian tanpa sempat menutup rapat matanya.

Taman.

Mereka. Lelaki dan perempuan. Duduk dibangku taman menyaksikan anak anak kecil bermain dan ketawa dan menangis dan berkejaran dan jatuh dan bergaduh.

Dari hadapan kau dapat lihat mereka. Lelaki dan perempuan. Hanya duduk dibangku taman dan senyum senyum melihat anak anak kecil itu.

Tapi tangan mereka. Lelaki dan perempaun. Dibelakang berpeluh.

Berpegangan.

Letak Sendiri Tajuk.

kau sedang kawal aku
ya, sedang kawal aku
kawal dalam lumpur yang mereka mereka tak nampak
kawal dalam menggedik yang mereka mereka bilang enak
kawal dengan akal dan ketawa kerana itu yang kau mahu
kawal dengan rasa seronok dimana kau sendiri tak tahu
aku sedar dan aku sedar
aku sendiri punya agenda
apa agenda?
ada laa~
satu hari kau akan tahu
tahu yang aku bukan robot palsu
yang boleh di gerak gerak
yang boleh di kawal kawal
yang boleh di tepuk tampar
yang boleh di rosak jahanamkan
yang boleh di hentuk hentuk
yang boleh di liuk lentok
yang boleh di heret heret
yang boleh di pijak pijak!!
aku ini pengecut
pengecut berdepan masalah
pengecut bersemuka derita air mata
pengecut bersama mimpi bisa

lancau!

tak semua benda senang nak buat
memang senang nak sebut

tak semua benda dianggap remah
walau sekecil habuk busuk

tak semua benda mudah dibuat
hanya mudah di lontar.

Alone.

senyum aku pagi itu palsu
walau matahari tahu
apa aku rasa
apa aku hidu
apa aku kata
apa aku mahu
tahu saja dia

di pagi itu,
dia adalah temanku.

Sebelum Itu.

sebelum itu
katakan kau rindu
katakan kata kata itu
teriakkan jerit batinmu
laungkan rasa cinta palsu
agungkan kata hati satu
tepikan pahit pahit hempedu
muntahkan kelat resah itu
rasa
jiwa
hati
perasaan
yang tak pernah pernah bersatu
yang tak henti henti bersatu
yang tak mahu mahu berundur
jatuh aku tersungkur
jatuh aku dalam lumpur
jatuh aku jatuh

sebelum itu,
sebelum kau pergi ke dunia baru.

* * *

lepas satu satu
lepas satu satu
lepas ini apa
lepas ini apa
lepas ini apa lagi yang kau nak kritik pasal aku
lepas ni apa lagi kau nak ludah pasal aku
lepas ni apa lgi kau nak bebel pasal aku
semua tak kena
semua tak masuk
saemua tak betul
semua salah
semua aku salah
aku siapa
aku ini siapa
siapa aku ini
sebenarnya siapa aku
siapa aku sebenarnya
hidup maki
hidup ludah
hidup penuh beribu sumpahan sialan
apa kau nak?!
ingin aku berambus
apa kau nak?!
ingin aku mampus.

aku ini gagal sebagai seorang anak.

Lalala~

malam ni aku rasa macam nak panaskan badan
sebab kepala pun berat en.
hmm ada sesiapa boleh tolong belikan Carlsberg atau
Soya Basi kat kedai Pak Moron tak?

Diari Seorang Lelaki.

sampai bila aku nak tipu diri sendiri? tipu orang orang keliling? aku bukan suka suka untuk menipu. aku menipu atas satu sebab. dan sebab itu biar aku saja yang tahu. aku saja. mungkin satu hari nanti confident level aku dah betul betul teguh dan kukuh, aku akan cerita. tapi bukan sekarang. satu hari nanti. hampir setiap malam aku fikir fikir punya fikir last last jalan mati. shit. bomba kepung, abang abang polis kepung, RELA pun kepung. aku tak tahu nak kemana dan aku terperangkap ditengah tengah abang abang beruniform tegap. tambah plak lengkap bersenjata. gila kau aku nak rempuh?!

kalau la aku ni cuma watak dalam komik bersiri, boleh la aku suruh pelukis aku tu koyak muka surat yang ni dan tulis jalan cerita yang lebih baik. yang lain. yang tak sakitkan hati hati orang lain. tapi aku manusia yang berdiri di alam nyata. sekali kau dah buat, takkan ada pemadam untuk kau padam balik atas apa yang kau dah buat. takkan ada.

ya, aku buat kesilapan yang paling besar (takda la 'paling' sangat) tapi bila benda tu dah effect aku setiap malam, setiap kali dengar lagu lagu Zee avi, Wani Ardy, Endah N Rhesa, and, .. Colbie Caillat, benda tu mesti la jadi benda yang 'paling' kan? bila aku dengar lagu lagu diorang aku jadi macam ... macam manusia yang dilahirkan tanpa otak dan dia konfius, 'apa yang aku nak fikir ni? otak aku takda'

faham tak maksud aku kat situ? ok kalau faham kau pandai dalam bm.

Sudah Jatuh.

Nampaknya seperti sampan yang aku bina untuk kita sudah karam ke dasar tasik. Tiada harapan lagi. Kepulan asap rokok yang kita hembus ke dada dada langit tidak lagi kelihatan seperti bidadari. Ianya kosong. Hanya asap busuk bagi perempuan perempuan yang lepak di Starbucks atau Coffee Bean. Ingat lagi jambatan yang kita bina? Ia semakin samar ditutupi kabus tebal. Dan kau masih ingat lagi langit ke lapan? Dimana aku pernah bisik halus ditelinga sebelah kiri kau yang kita akan tinggal disana? Aku rasa...kita biar saja ia terbengkalai. Bila satu hari nanti kau ada orang baru, please jangan bawa dia ke situ. Sebab nanti aku akan mengamuk lalu bertukar menjadi serigala macam Jacob. Kita bermaksud, KITA SAHAJA.


Untuk Seorang.

Khamis. Jam tiga pagi. Anuar atas katil king saiz. Baring sorang-sorang menunggu si dia datang dan peluk.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Sampai terlelap.


Jumaat. Jam dua lima lima pagi. Anuar atas katil king saiz. Baring sorang-sorang menunggu si dia datang dan cium.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Sampai berdengkur.


Sabtu. Jam dua tiga puluh pagi. Anuar atas katil single. Sedang nyenyak tidur. Kerana jam dua belas tengahari nanti dia mahu keluar tengok wayang cerita Kepala Putus. Untuk seorang.

Tidur.

mimpi
peluk aku erat ini malam
jadikan luka semalam
kesakitan paling riang.

Namakan Ini Sendiri.

Aku melukis. Corak yang bersih diatas sehelai kertas putih. Kemudian aku warnakan dengan warna yang ceria. Merah, kuning, ungu, hijau. Ya, hijau. Hijau ada untuk menenangkan aku bila aku gila. Hijau juga peneman aku bila tiba waktunya aku sunyi.
Aku tersenyum melihat kertas yang adanya berjuta juta kepala sedang bergelak tawa bergembira bersama teman teman mereka. Adakah senyum aku ini sekadar senyum sahaja? Atau tercalit darah lama pada luka lama pabila aku melihat kertas ini? Aku memang selalu begini. Senyum tidak pernah sampai lima minit kemudian termenung. Entah apa yang aku menungkan aku sendiri pun tidak tahu.
Kadang-kadang, ingin saja aku lari dari manusia sekeliling. Dari zombie zombie yang bertopengkan manusia. Dari segala masalah. Dari segala benda lancau yang pernah aku buat. Dari segala puki puki yang pernah aku sakitkan. Dari segala hati yang pernah aku ratah. Dari segala janji janji bodoh yang pernah aku siram pada pokok pokok segar hingga menjadi ranting tidak bernyawa! Aku bodoh kerana gagal menjadi manusia yang mulia. Aku juga gagal kerana tidak tahu bagaimana hendak mengawal perasaan dan mengikut hawa nafsu celaka.


Aku mahu mengarang satu cerita. Dan didalam cerita itu akan ku tulis setiap cerita cinta. Cerita cinta bodoh yang tidak pernah bertemu cinta sejati. Dan malam ini juga, aku akan berjalan. Kemana saja. Aku ingin mencari tahu tahu saja ada tangga untuk ke bulan. Boleh aku tidur disana.

Aku Menangis.

dipentas itu, aku berdiri
melihat setiap kepala kepala itu, aku meneliti
merenung mata mata itu, aku sendiri
menangis
menangis entah sebab apa dan entah mengapa
adakah ini aku sekarang ini yang beridiri ini bukan aku?
cuma bayang bayang kaku yang tidak tahu arah mana hendak dituju
senyum aku jadi tawar
hati itu milik dia
hati aku milik siapa?
ini bukan fasal rindu atau apa
ini perihal budak yang masih berhingus yang sesat tanpa peta
hidup dalam gelap
hidup dalam dunia dimana dia sendiri tidak pernah melakar atau menulis corak corak bentuk tulisan jalan ceritanya
warna warna sebelum ini mencair bertukar putih
pokok epal itu dulu lebat buahnya kini ranting
bintang dulu tidak terkira sekarang mana mereka?

aku menangis
aku menangis.

Jasad Mana?

jiwa kental mat gagah
kini
hancur musnah
dengan percikan darah darah kecewa
dan wajah wajah yang terluka
terlalu banyak hati hancur ditoreh
meleleh bila pecahnya urat kasih
rasa tercalit seribu satu kesakitan
yang terlampau pedih
sayang kini pudar
cinta hanya dulu aku sedar
aku mula merasa sentuhan dunia sebenar
dan aku begini
terbengkalai kering
longlai tidak bermaya
hancur luluh tubuh tubuh dulunya keras
pedas kini menewaskan
satu rasa

---

dimana ketika itu ia sedang sibuk mengembang, terbang.

Surat Bawah Bantal Untuk Ibu.

Maaf ibu, anakmu ini mungkin bukan anak yang baik. Pelajaran kebawah, bajet diri tinggi, melawan cakap, selalu buat malu.

Terasa kecil bila saudara mara bersembang pasal anak anak mereka yang bakal jadi doktor, pilot dan sebagainya. Anakmu ini? apapuntara.

Tapi tahu saja, anakmu ini sangat sayang akan ibunya yang telah bersusah payah membesarkannya sejak dari kecil hingga ada janggut seperti sekarang. Telah banyak ibu lalui untuk membersarkan along. Ibu kuat. Along tahu. Along takda hero untuk dibanggakan. Tapi along ada seorang wanita yang selalu sorok air matanya dan hanya senyum didepan anak anaknya.

Along harap Hazim, Qasyah dapat buat ibu senyum bangga bila mereka besar nanti. Sebab along tak mampu nak buat ibu senyum kerana along tak bagi apa yang ibu inginkan. Pandai, menjadi CEO paling kacak satu hari nanti, boleh bangga dengan saudara mara. Tapi benda tu tak jadi. Along tahu ibu sedih. Along cuba bu, tapi kita tak boleh paksa apa yang kita tak suka untuk dijadikan hobi, betul?

Along harap, ibu ada kat belakang untuk sokong dengan apa yang along buat. Walaupun gaji tidak mencecah puluhan ribu. Hanya kereta lama tidak berhawa dingin.

Tapi, along akan bagi ibu cucu perempuan yang comel macam nenek dia. Along tahu ibu mesti suka :)


I Love You.

Kain Kanvas Putih.

Seperti kain kanvas putih. Memang secara am nya engkau melihat ia bewarna putih. Hanya putih. Kosong dan tiada apa. Itu bagi orang yang melihat tidak menggunakan mata hati. Ok, cuba engkau lihat menggunakan jiwa dan tambah sedikit ikhlas. Aku rasa itu lebih jujur. Dari sudut itu engkau akan dapat lihat betapa warna warninya kain yang mati tadi hidup disebalik 'putih'nya.

Engkau, aku, dia ,mereka, semua. Semua pun punyai rasa dan jiwa - walaupun seorang pelacur atau penagih dadah. Cuma yang membezakan kita dari mereka, dia dan lain lain ialah bagaimana mahu mengawal dan mengimbangkan antara rasa itu dan jiwa ini. Rasa ialah lebih kepada 'mengagak'. Cara kita melihat luaran seseorang itu dan kritik. Hanya memerhati dari jauh. Tanpa jiwa. Hanya rasa rasa.


"tengok pakcik tu, serabai habis. jambang tak pernah nak cukur. baju koyak. gigi..euwww. aku RASA dia gila la.."


Itu rasa. Jika dijiwai mungkin kau akan pergi ke arah pakcik itu dan bertanya mengapa dia mengutip tin tin kosong di celah celah longkang dan tong sampah yang busuk di sekitar pekan di saat matahari terpacak dan menjerit. Dan jawapan yang engkau akan dapat pasti jauh berbeza dengan apa yang kau rasa tadi.

Jangan lihat dari mata kasar. Cuba mendalami dan memahami apa yang terkandung di dalam. Kerana aku lihat orang kita selalunya begitulah.



*ini untuk Puteri. Yang dimana masyarakat berlagak matang dan berilmu tinggi sering berkata dia rosak dengan cara pemakaian.

Tajuk Tengahari Ini.

Aku suka membincangkan tentang topik topik pasal kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Bukan otak aku terlalu kecil untuk memikirkan perihal dunia sekarang. Tapi tu lah. Kau keluar duit, bersuara melantangkan kata kata demokrasi, undi sana sini, gantung bendera itu ini. Akhirnya? Apa jadi? Longkang tetap sebesar itu. Hujan, banjir melampau, baru gelabah tunjuk muka masuk Buletin Utama. Biarlah. Biarlah mereka dengan agenda mereka masing masing.

Aku lebih berminat melihat gelagat manusia, komunikasi antara kaum yang berbeza, macam mana nak control jiwa jiwa yang terbengkalai dan bermacam lagi. Pernah dalam suatu keadaan, aku gelap. Entah aku bermimpi atau mainan imaginasi yang dikawal sekumpulan minda kecil atau apa. Aku juga pernah menjadi mangsa bualan topik gosip gosip sensasi selain Fasha Sandha. Dari kawan yang tak pernah aku kenal (kawan ke?) sehingga ke darah daging. Aku itu aku ini tak betul itu tak betul ini.

Tak dinafikan, pada satu pekat malam yang sunyi menyepi. Aku pernah menghantar surat kepada Tuhan, yang isi nya bertulis, "yaTuhan, aku masih kecil pada saat ini. Dugaan yang kau beri padaku sangatlah besar. Aku sakit. Ambillah nyawaku malam ini". Aku tahu sesuatu yang bodoh bila mengalah dalam peperangan yang belum tamat. Aku tahu itu dosa dan aku tahu bukan aku seorang saja yang menerima dugaan dariNya. Aku redha.

Kita ini semua semut. Semut yang hanya tahu berlegar di dunia yang kita sendiri tidak sedar atau dikaburi syaitan bahawa kita hanya meminjam. Kita semua dipentas teater yang satu persatu wataknya akan mati. Tapi kita tidak dapat mengagak bila.

Kau menagis sebab kecewa, kau marah sebab dunia, kau mengalah sebab derita, kau lari sebab terpaksa.

Bagi aku, kadang kadang dunia ini tidak boleh diberi muka. Kita harus bangun dan lawan dan terus berlawan. Bagaimana pula dengan takdir? Takdir itu kau harus terima kerana jalan ceritanya sudah siap dibentangkan walaupun sesedih itu dan walaupun perit untuk dihidu.

Namakan Ini Sendiri.

Dan tibanya dia di penghujung jalan itu, dia terdiam. tanpa satu patah perkataan pun meludah dari tebal bibirnya. menoleh kebelakang. baru dia sedar yang sebelum ini rama rama yang berterbangan tadi itu cuma khayalan mainan minda semata. teriak dan bergolek di padang luas berlari bagai tiada garisan penamat dihujungnya sebentar itu tadi cuma mimpi yang takpernah dipinta. bekas gigitan cinta oleh kekasih bertukar menjadi muka syaitan merah yang ingin menerkam manusia.

Adakah hidup dan perjuangan mahupun cinta yang kamu kamu derma itu semuanya akan hilang dalam sekelip mata secara tiba tiba? ataupun kau kau semua tidak percaya kepada 'hilang'? yang hakikatnya akan tiba satu hari nanti tapi tarikhnya belum di kenal pasti bila dan dimana.

Petang ini dingin. awan yang tadinya teriak bagai bayi kehabisan susu sudah pun berhenti. lalu di dodoi oleh alunan muzik lunak oleh sang angin. aku berfikir sejenak. adakah aku yang sesat dalam peta yang ku reka sendiri atau selama ini aku hanya pura pura melukis peta pada hakikatnya kertas itu putih dan tiada apa?

Aku boleh menipu sesiapa saja didunia ini tapi mana yang benar hanya Dia sahaja yang tahu bukan?

Petang ini dingin. awan yang tadinya teriak bagai bayi kehabisan susu sudah pun berhenti. lalu...

Hujung Bulu Mata.

mungkin saja
aku
terlalu laju
atau
terlampau

hingga terlepas pandang
lorong
yang
paling penting
yang sangat penting.

Nota Terlanjang.

tak semua yang kita buat orang sekeliling akan suka walaupun kau tolong pengemis yang dahagkan jus tembikai. mereka tetap bangkang. tetap pandang dengan penuh kebencian. aku pernah juga tanya. tapi kepada diri aku lah. apa yang akan buat mereka tersenyum? apa yang akan buat mereka cerita sesama mereka tentang kebaikan yang kita kita ada? disini aku tak cakap aku baik seperti malaikat. tapi, bila aku jahat macam setan, cepat je mereka tangkap dah hebohkan. mungkinkah dengan 'kebencian' segala 'kebaikan' dikaburi? mungkinkah bedasarkan kisah kisah p.ramlee, sekarang aku dibenci? atau mungkin dek kerana mulut mulut berbisa berbanding ular telah mencemuh dan meletakkan racun kebencian ke dalam air mineral yang jernih airnya bertukar hitam? sekali lagi, aku disini bukan meminta simpati. bukan mahukan kata kata semangat. ini cuma isi hati yang penuh dengan tanda tanya dan mengapa. karangan yang orang lain tulis yang penuh dengan patah riuknya cara penulisan, tapi bau kentut aku yang wangi dulu sempat mereka mereka hidu. seperi penjaga gol. muka gelabah menunggu bola. dan bila bola itu sampai, digigit gigit. dibaling lantas disepak dan disepak dan disepak. aku jadi baik kau taknampak. aku jadi jahat ada je tajuk baru kau bukak. bangun je aku dari tidur, harap ada nota kecil didalam seluar dalam ku yang tertulis,

"saya benci awak. sbb tu saya tak suka semua benda yang awak buat"

kan senang.

Hari Bapa.

seperti jantan sangapkan betina
seperti penagih rindukan dadah
seperti laksa tanpa kuah
seperti teh tarik buih kosong
seperti ada mata tak mampu lihat
seperti semut dahaga gula
seperti gitar tanpa tali
sepeti baju tak gosok
dan seperti..
ada didepan
tapi
dia mati
bisu
pekak
buat buat bingung
yang dia sendiri pernah tanam benih itu dahulu
dan bila ia membesar
dan buah buah itu busuk
daunnya layu
dia lari bagai pengecut
kecut telurnya!

hanya tahu tanam
tapi
tak tahu menjaga
sama saja seperti tiada.

Selamat Hari Bapa.

Geeeli.

dia cuba hentak kepala aku kat tar

dia cuba jatuhkan aku dengan guna kayu

dia siram aku dengan air panas menggelegak

dia dalam diam cuba cucuk hati aku sampai sakit

dengan, guna t-shirt paling dekat dengan katil aku. Tapi tak selalu pun aku pakai t-shirt tu. Sebab dulu t-shirt tu macam selesa gila. Sekarang bila aku pakai badan aku mula gatal gatal. Geli sesangat pun ada. Geli. EUWWW geli. Geeeeeeli. Pimpin saya pegi longkang please. Badan tak larat sebab terlampau geeeli.

Depan Wangi, Belakang Busuk.

Hidup. Bukan mudah. Aku tau. Kadang kadang, aku seronok bila kawan kawan aku berlawak. Gelak sampai sesak nafas. Janji itu ini itu ini. Setinggi mana? tinggi. Kau takkan sampai nak capai. Sebab apa? sebab kau pendek mungkin. Kau pegang janji dia. Kau percaya semua cakap dia. Kau luahkan semua benda yang kau tak pernah luahkan masa kau dengan mak kau, adik kau, bf kau ataupun gf kau. Sebab, kau percaya sangat kawan kau tu tu haa. Haha tapi, kau akan rasa palat bila kau dengar dari lidah orang lain yang kawan kau yang kau beria ria luahkan semua benda tu, dah standby senapang cap hidung badak air yang sarat dengan taik hidung di dalamnya tersimpan semua rahsia emas berlian kau. Jadi, aku takkan suap lagi nasi lemak berkrim aku lagi kat mulut sesiapa kecuali Puteri. Kerana tak semestinya mereka mereka itu kenyang. 30minit lepas tu muntahkan balik kat toilet. 5minit lagi ke toilet yang lain.

Manusia, kau hulur rm50 pun. Sumpah sambil tunjuk peace pun. Bila bosan, ganti dengan apa bila rokok takda? dengan bergosip ah. Apa lagi.

Imaginasi Mimpi.

malam itu aku dapat rasa
di ruang kecil berhawa dingin itu aku dapat rasa
di atas katil
kau menyentuh lembut lubang lubang kulit ku
kau memanggil
aku menggigil
entah kenapa
entah dari mana
datangnya punca
saat kau potong tali baju dalam hitam itu
saat kau bisik sangat sangat halus manja kata kata manis itu
aku layu
layu entah kemana
entah dengan siapa
bersama siapa dengan
terbang nun jauh ke sana dan hilang
leyap
di telan entah oleh apa
tiba tiba silau
dan bila aku buka kelopak mata perlahan
aku nampak gambar kau yang ku tampal didinding bilik
yang tak pernah di usik.

Macam Macam Ada.

3.05 p.m - Pizza Hut, Giant Ipoh.

Aku keluar nak sedut asap. Baru nak pasang rokok aku nampak sorang awek pizza nangis sorang sorang kat tepi tu. aku datang dan tanya kenapa. Dia balas takda apa.


7.00 p.m - Kedai Keropok Lekor, Giant Ipoh.


Pekerja perempuan yang kerja kat situ bengang sebab budak baru yang janji nak masuk pukul 6.00 tak datang. Call tak angkat.


7.16 p.m - Kedai Lima Ringgit, Giant Ipoh.


Aku baru je nak masuk beli tabung yang bos aku suruh beli, aku nampak sorang lagi pekerja dia nangis. Perempuan. Belakang kotak kotak hadiah. Aku tanya are you okay? Dia bagi aku jawapan yang sama jugak sambil senyum.


8.20 - Kedai Asam Aku, Giant Ipoh.

Mesej masuk tah dari siapa. Bukak je mesej dia cakap aku ..

Janji Ini.

janji ini aku akan kunci dan takkan aku biar ia berderai lagi
janji ini janji yang terakhir
jika janji ini aku rempuh dan robohkan
tampar dan bilang pada aku kau benci aku
janji kali ini aku takkan senyum
aku seryes.

Ini benar.

Aku akan bawa kau jauh walau terpaksa gadai Nokia
walau dibaling sampah sampah mereka.

Aku janji
aku akan bawa kau keluar dari penjara busuk itu sayang.

Pegang dan genggam janji aku yang ini sayang, tolong.

*&%$#@!

ludahlah dan benci aku
kerana aku kuman yang enggak pernah serik.

Belon Dan Ana

Ada satu pasangan. Lelaki dan perempuan. Belon dan Ana.
Belon ada adik lelaki darjah dua, Aqasha.
Ana ada adik perempuan tiga tahun, Qaisara.
Belon dan Ana bahagia. Bahagia seperti Sid Nancy, Radit Jani dan Norman Hakin Memey.
Tapi hubungan mereka tidak disenangi orang-orang sekeliling.
Kawan, bekas-bekas kekasih, orang tak dikenali, air liur dan zirafah.

Malam yang sunyi tanpa siulan dan bebelan motor-motor milik samseng jalanan,
mereka berdua duduk disimpang jalan yang hanya ada satu tiang lampu
oren uzur.
Sambil meneguk air kencing setan.
Ana mengambil tangan Belon, dia genggam ketat erat
sambil mereka melihat seekor anjing hitam yang asyik membuat taik ketul-ketul.
Selesai saja anjing itu melepaskan nafsu, anjing itu pergi.
hilang entah kemana.

Dan Ana berkata..


"satu hari nanti kita lari k?
if we die on our way.
Qasha dengan Qaisara sambung our story"

Dua Orang

malam itu aku lihat dia menangis
aku berdiri di pintu
aku diam
dia menangis
aku senyum
dia pelik
aku datang dan usap pipinya
dan dia senyum
dan aku berkata

"nanti aku dah mati, jangan nangis macam ni ya sayang.
aku taknak tangan lelaki lain pegang pipi wife aku"

Super Mario Kita

jalan cerita kau dengan aku lain
level satu aku penuh dengan alien ganas
tapi
kau punya penuh dengan bunga gemuk-gemuk dan arnab putih
di setiap jalan itu
aku dengan kau kena sentiasa bersedia
berlawan, senyum, lompat, menangis
tapi kau rasa
kau akan jumpa aku ke
di penghujung jalan itu?
dan bila kau sampai
digarisan hitam putih
dalam keadaan mengah tak cukup nafas
adakah kau akan senyum melihat aku yang tengah berdiri
menunggu kau
atau
kau akan menangis
sebab yang ada hanya selipar merah belang putih milik aku
dan
ditapaknya tertulis

'I Love You'

Payudara Pink Part 2

kalau masyarakat kata celaka itu pop-ular dan panas
teet! kau salah
hanya payudaranya yang buat dia terapung atas awan.

Ujikaji P*ki

tuang air mineral dalam gelas lutsinar

--------

"mana air? tak nampak pun?"

Dalam...

dalam sibuk jentera menjerit
dalam kelam kabut mereka memberontak
dalam keadaan senyap takut di tembak
dalam bising suara pihak pembangkang
dalam kecoh bayi dibuang
dalam teriak mesen baru menebang
dalam masa dunia diambang
dalam kempen jemu dipandang
dan dalam apa jua keadaan dunia
meleset sejauh mana

hari itu takkan aku lupa walau diludah rasaksa.

Bukan Pasal Cinta

kapal itu sudah karam
dimata kasar memang kita tak mampu melihat
kapal itu sudah tenggelam
di tarikh akan datang berita akan siarkan didasar kapal itu selamat.

Payudara Pink

hai, saya gula kapas
dewasa enggak suka
kanak-kanak lihat, melompat berbintang mata mereka.

Tapi Ingat

berpesta engkau sehingga langit runtuh
tapi ingat, aku memerhati daru jauh

derma segala dara yang selama ini engkau simpan tutup
tapi ingat, aku rasa setiap cebisan teriakan perit itu

tebuk cucuk lengan itu layan semua keseronokkan
tapi ingat, esok keseronokkan itu yang akan memakan

bahagi cinta engkau kepada dia dan dia
tapi ingat, nanti engkau takkan dapat kenal apa itu sebenarnya cinta.

Pentat

ku telan, penat
ku kupas, penat
ku korek, penat
ku kunyah, penat
ku rasa, penat
ku tepuk, penat
ku langgar, penat
ku tempuh, penat
ku lari, penat
ku diam, penat
ku kepit, penat,
ku kemut, penat
ku tahan, penat

aku bising teriak gedik-gedik mengada-ngada kau peduli apa?!

pantat!

Menulis Dalam Mabuk Celaka

Pecah kepala retak darah menyusur keluar
Berkali berlari terjun menjunam terbaling arah itu
Kolam air takungannya darah busuk hanyir terbau
Pekat
Erat memeluk
Hancing itu meluru masuk dalam lubang hidung terbentang luas panas
Perit
Menahan sakit
Menahan luka
Menahan segala
Menahan hujan rimba daripada teruss
membotak kepala
Air liur najis hina terhina.

Pecah kepala berkecai bersepah berterabur sampah
Sisa-sisa otak hidup
Mengalir dari tubuh sang mat jiwang
Tercampak dari jasad yang entah hidup atau berhenti bernafas
Hidup aku ini terus:~
Dicaci
Dimaki
Dibenci
Disula
Dibuang
Dibakar
Dironyok-ronyok
Dipijak
Diludah-ludah
Haikktuihhhhhhhhhh!!
Sakit kesakitan merah marah berdarah
Meresap ke dalam liang-liang roma beraroma.

Pecah-pecah kepala ditendang yang menerima kemarahan sang pecinta yang kejam
Hari memakan hari menunggu masa membalas dendam
Harap muka comel putih gebu putih bedak sejuk
Dalam itu sangat sangat la gelap hitam pekat
Ciss, bau mu sangat tersangat la busuk
Lalat bahagia terbang ke sana kemari bermain suka-suka disitu
Kalah bangkai tikus yang dibaham diperangkap oleh perbuatan manusia-manusia jalang
Ciss, jangan fikir aku diam aku lemah kaku
*ludah*
Guna guna kawan aku bagai sebagai umpan cacing menggedik
Orang belakang badan aku ni ha sewel-sewel belaka wahai celaka
Tulang-tulang putih selama ini aku rasa bersih rupanya tulang rusa
Senyum-senyum yang aku terima sebelum ini sebaliknya senyum yang penuh dengan dendam dendam mereka
Ya, itu mereka si celaka celaka yang sedang duduk menunggu masa
Masa untuk membunuh aku ini sehingga tidak meninggalkan sisa.

Aku Masih Sarungkan Baju Kalis Peluru Itu

Aku gantung diri aku
Paling atas
Dapat melihat semuanya tanpa batas
Lihat semut-semut kecil dipijak kejam mati
Melihat gajah yang cuba dibunuh berkali
Rusa dibaham sang belang berlari
Akar-akar pokok membesar bawah tanah tanah merah
Otak dipijak sekali hancur berkecai, berdarah
Tubuh-tubuh kecil menguncup ketakutan
Menyorok, menangis tersedu meminta pertolongan
Kau himpunkan sampah-sampah segala
Kau buangkan kepada aku sambil berkata
"kau musuh aku yang pertama
kau akan ku cincang sampai hari kau tak berdaya
kau akan ku tikam berkali sambil kau meronta
dan, aku mahu lihat sampai mana kaki kau dapat bertahan dengan api merah pekat yang sedang membara!"
Peluru-peluru laju hari-hari lalu di tepi telinga ini
Api-api besar seringkali mahu diri ini mati
Jarum-jarum tajam selalu mahu mencuba untuk sakitkan diri ini
Kerasnya penumbuk sering aku terasa setiap kali aku bangun dari pagi
Racun-racunnya ada dimana saja bila aku makan di tengah hari
Dia menyangka aku sakit
Tetapi aku disini masih kental tegak berdiri
Si celaka-celaka ada dimana-mana
Tidak kira sewaktu kau sedang teran najis mengeluarkan sisa-sisa sampah tak berkualiti
Si celaka-celaka ada ada saja
Tak kira kau sedang senyum atau gelak berpesta membahagiakan hati.

Kau kau kau semua semua itu ini
Selalu berkumpul bercerita tentang diri aku ini ini
Kamu fikir itu ini :

"dia sedang lemah, dia berdarah, dia perlu orang untuk dipapah
dia itu ini, dia aha aha ahahaha
dia bla bla bla, dia itu keji keji, dia itu patut mati berkali, dia dia dia dan diaaa!!"


Blah kau. Blah!

Kawan, Sahabat, Kawan

kawan taik taik
kawan baik-baik
kawan cubit cubit
kawan sebab apa?
kawan sebab suka suka
kawan suka makan apa?
kawan suka makan kawan
kawan kenapa senyum?
kawan senyum saja
kawan mahu saja-saja?
kawan bukan sekubur dengan kita
kawan apa?
kawan baik
kawan sebaik mana?
kawan selagi boleh ludah
kawan mana kawan?
kawan dah mati
kawan mana kawan?
kawan dah pergi
kawan mana kawan?
kawan semua dah lari
kawan kenapa lari?
kawan ramai memang rugi
kawan sampai mana?
kawan sampai ..

Main Hati

berdebik kamu pada pelangi mati
merayu memekik kamu biar ia datang kembali
menangis kamu tidak membawa erti
kerna dia tidak pernah mengerti rasa dalam hati.

bangun kamu mengejar sang mentari pagi
bernafas kamu jangan sesekali biar mati
berdiri kamu jeritkan rasa dalam ini
biar hanya ombak mengerti apa sedang berlalu pergi.

hapuskan air matamu sayang
biar jangan ia menitis tidak berlagu
genggam kamu erat jari jemariku sayang
usah kamu lepas hingga aku lihat kamu senyum.

langit tak selalunya biru
air tak sehariannya tenang
kau sedih dapatku hidu
ini bahuku, lenalah kamu dibuai mimpi yang panjang.

Selamat Malam Puteri

dayungkan sampan ke tengah tasik
menari kita biarkan mereka mengherdik
menarilah hingga matahari mati
menarilah hingga ia pergi.

pekikkan rasa cinta ini
pekikkan supaya bumi mendengar
pekikkan biar celaka-celaka membenci
cinta kita ini terlalu tegar.

lekapkan badan mu rapat
biar malam ini ku pelukmu erat
biar sampai tertutup alis
biar angin berlalu desis.

selamat malam,
puteri.

Gelap

aku patah tangan
aku patah kaki
tengkuk aku hilang
nyamuk yang sebelum ini aku tampar ia hingga mati kini datang kembali dan membunuh aku,

Tuhan, tolong aku.

2.36am

Dunia gelap. Banggunan usang. Pokok ditebang. Siang tak kembali. Bintang hilang. Bulan bawa diri. Burung mati ditembak. Kapal terbang terhempas. Jiwa mati. Aku mati. Kau mati. Mereka mati. Dia mati. Pada awal manusia suka berjanji tapi dipenghujung kau lupa apa yang dijanji. Siang hari kau Ultraman malam hari kau rasaksa. Hari ini kau malaikat esok kau syaitan merah. Bintang ada kau romantik bintang lenyap kau kejam. Aku pernah kena tampar, aku pernah kena rotan, aku pernah kena cubit, aku pernah jatuh basikal, aku pernah jatuh motor, aku pernah patah gigi, aku pernah luka siku, aku pernah sakit otak. Semua yang aku lalui itu semuanya sakit. Ada sorang mamat ni pernah berkata padaku, "kalau kau hidup kat dunia ni, taknak rasa sakit. pergi mati. tak payah jadi manuisa". Kadang-kadang aku benci untuk sakit. Aku benci menyakitkan. Sakit buat kita menangis, sakit buat engkau marah, sakit buat kamu merajuk, sakit buat mereka berpecah, sakit buat dia mengalah, sakit buat aku mati. Apa aku rasa sekarang sangat sakit. Lukanya terlalu dalam. Sangat dalam. Susah untuk kau capai durinya. Aku benci menangis, aku tak suka merajuk, aku menyampah bila ini terjadi, kenapa la aku kena lalu jalan ni padahal jalan lain sudah siap untuk aku. Lagi cantik. Rata. Ada pokok-pokok besar. Redup. Sebaliknya pilihan aku jalan bertanah merah lembik. Sial. Celaka. Babi. Bodoh. Pantat. Cipap. Kepala butoh. Gampang. Fucker. Fuck. Kepala bapak kau. Pukimak. Bangsat!! Kadang-kadang kita pernah rasa bahagia yang sangat sekejap. Petang kau lompat keriangan. Malam kau bersedih duka. Aku sangat tak suka 'sekejap'. Aku nak cari 'selamanya', tapi.. lantak ah. Ye, kentot aku busuk. Bau petai opah kau. Kenapa, ada masalah? Kalau takda duduk kau diam-diam. Dalam ni, macam-macam rasa ada. Kau nak apa? Sakit hati? Pahit? Merah menggelegak? Panas? Pilih je. Apa, kenapa manis takda? Aku benci manis. Manis buat aku meluat. Manis buat aku nak muntah. Manis buat aku senyum macam orang gila. Manis buat aku menangis. Manis buat aku tak tentu arah. Manis buat aku jadi tak betul. Manis buat aku sakit. Dan sakit itu tak dapat nak disembuh.

Salam perkenalan Encik Pahit. Nama saya Sakit :)

Nyamuk Dalam Kepala

Otak terbalik terbelah dua
Kamu ada dua
Mata separuh buka
Aku nampak dia sedang ketawa
Lampu isyarat merah menyala
Malam ini mimpi indah dah tak datang lagi
Taman aku bina musnah sekelip mata, itu kerja gergasi
Menangis tak guna, merajuk tak siapa peduli, hati dah mati
Penatnya hamba bina jambatan emas
Dan kini hamba tahu itu kerja yang sia-sia
Peluh hamba tak siapa nampak
Yang pandai hanya mengutuk, menghina, mengata, meludah
Pernahkah tanya mengapa?
Hamba mahu bertemu dengan cinta hamba
Dia sakit, dia perlukan hamba
Tepi beri aku ruang, telinga aku bernanah
Tolong tinggal aku, aku ada kolera
Kenapa nak duduk disebelah mahu ambil tahu pasal aku wahai kepala-kepala celaka comel
Pergi kau berambus dengan hidupmu
Pergi kau mencari jalan cerita cintamu sendiri
Reka dan buat ia berbunga berbuah
Lepaskan aku, biar aku mengarang kisah cinta aku sendiri
Aku masih waras, aku masih mampu mengira satu hingga sepuluh
Jangan hulur tongkat untuk aku berjalan
Jauh, aku bukan darah daging mu
Kerana darah yang kau miliki itu busuk
Tak sanggup untuk aku hidu.

Tanpa Tajuk

Bagi aku jalan, tanpa duri, tanpa kaca tajam, tanpa air, tanpa gajah melintas, tanpa tol, tanpa kereta, tanpa kapal terbang, tanpa kereta kebal, kerana aku semak, aku tak larat. Biar jalan itu kosong bodoh.

Berhenti ganggu aku wahai ujian, aku angkat tangan, aku mahu bercerai, lepaskan aku, aku mahu terbang bebas, jangan hempap badan aku lagi, aku dah serik jadi roti canai.

Tiba masa untuk aku berkawan dengan bidadari, tiba saat pari-pari menjelma, aku mahu senyum, aku mahu rama-rama sebelum aku tidur, aku mahu bintang bersinar, nak juga aku bulan kucup dahi aku sebelum dia pergi, aku mahu semua, tapi aku kecil, semua taknampak aku yang sedang melambai.

Bagi aku ruang, tak besar, kecil saja, untuk aku bernafas bersama dia, puteri yang aku cinta, puteri yang aku menangis untuk, puteri yang buat aku gelak, puteri yang membahagiakan aku, puteri yang selalu aku peluk erat bila dia menangis sedih.

Aku mahu duduk diatas, aku tak mahu duduk didunia yang penuh dengan kebencian, kecemburuan, kekejaman, kesedihan ini lagi.

Siapa mahu ikut aku terbang? maaf, kau lambat. Aku ingin bawa puteri aku , kerana dia pernah bisik lembut pada telinga aku mengatakan dia sukar untuk bernafas bila berdiri didunia.

"sabar ya sayang, aku akan jaga kau bila kita sampai diatas sana."

Kalau Jika Mahu Aku Jadi

Jika aku mahir membaiki robot, akan aku buat mereka senyum sentiasa
Kalau la aku boleh reka tong sampah masalah supaya senang untuk mereka muntah kan segala masalah-masalah yang tak guna
Aku nak jadi doktor, untuk bedah hati manusia dan bersihkan
Nak juga aku cipta penukul besi ajaib , senang untuk aku tanamkan ego kau yang terjuntai
Dan kalau la aku hentak kepala kat dinding sampai pecah dan cantum kan satu persatu sisa-sisa tengkorak yang pisah itu,

tak teragak-agak untuk aku buat.

Hati

Hati kecil, tapi besar hasilnya
Hati tak nampak, tapi boleh lihat guna mata
Hati tak punya mulut, tapi dia berkata yang benar
Hati mustahil dipegang, tapi dapat kita rasa
Kau mungkin boleh tipu aku, tapi hati tidak.

Ini Untuk Bidadari

Aku cinta kamu, kau memberi cahaya disaat aku dalam kegelapan
Aku perlu kamu, kau hantu comel yang semua orang mahukan
Pegang dada ku, aku janji akan sentiasa berada disisi mu.

Aku cinta kamu, kau memeluk aku erat bila saat aku dalam kesakitan
Bagi aku sesuatu, sesuatu yang orang lain tidak akan dapat rasa
Sejak kau muncul dalam hidupku, segalanya berubah
Hatiku berbisik halus, hanya kau saja yang aku mahukan.

Dan aku berjanji, aku akan cinta kamu sampai hari terakhir ku didunia
Dan bila hari itu tiba, akan ku lelapkan mata ku diatas bahu mu, sayang.

Senyum Kau Perlahan

Angin menampar pipi
Laut biru cantik dengan lipatan ombak
Burung burung terbang bebas di awangan
Matahari membuka mata berkata 'hai' kepada bumi
Pasir halus lari ikut arus
Pokok pokok menari keriangan
Tenang, sungguh tenang

Senyumlah, jangan kamu bazirkan air mata mu.

Teman Aku

Otak tercicir bersepah
Hati rindu berdarah
Hidung gatal resdung
Perut lapar kosong
Jari kaki menari bosan
Aku? hilang.

Ingin Rasa Apa Kamu Rasa

Tikam aku,

Matahari benci aku
Bulan benci aku
Bintang benci aku
Awan benci aku
Dia benci aku.

Daun gugur jatuh ke tanah
Pokok berdiri tidak tersenyum
Hujan gugur tanda aku menangis
Bintak tidak berkelip dia merajuk.

Ini jantungku,

Ratah kamu sampai puas
Biar kering kamu tersenyum
Biar ku sakit
Biar ku menjerit
Biar ku menangis
Biar ku rasa apa yang kamu rasa

Situ duri, ya aku tahu
Kamu akan memijaknya?
Ya, aku mahu rasa pedih
Aku mahu rasa duri bertemu daging
Aku mahu rasa apa yang dia rasa.

Ini pipi ku, tampar sampai kamu puas.

Lagu Hati

Iblis jangan kacau
Syaitan jangan bisik
Tanduk biar tanam
Kopi biar panas
Pokok usah tebang
Rambut biar panjang
Doa jangan hujan berhenti
Aku ingin bersama dia,

selamanya.

Biar Aku Dengan Kubur

Pergi, berambus!
Itu kemahuan kau burung.

Jangan datang lagi, pisau cucuk hati.

Main kau jauh jauh!
Biar aku mati, usah kau peduli.

Usah Jilat Si Basi

Di koyak
Di bakar
Di konyok
Di buang,

jangan mencari cinta yang mati.