Sedia.


dia datang lagi malam ini
dengan sejumlah bala tentera gajah
bersama senjata garang setiap satu
bersama alasan kukuh enggan mengalah
bersedia mahu menakluk
setiap inci urat saraf yang hidup
dan
mahu mematikan suis jantung.

aku bersedia.

kenapa Tidak Kau.


Jika aku mampu berjalan
tanpa seluar jeans lusuh itu
lagi, kenapa tidak kau. Kan?

Dua Dunia.

Si Lelaki:

berlalu bersama muatan paling merbahaya yang dikendong berat tambah pula kisah dongeng yang diserap masuk melalui terowong kecil bawah tanah yang penuh dengan sampah sarap dan roti roti berkrim yang tarikh luputnya mula berlegar dan bau hanyir air longkang yang dia hidu hingga tersumbat lubang hidung yang mengakibatkan bulu bulu hidungnya gugur kesemuanya dan mati.

Si Perempuan:

hanya duduk dikerusi mahal dibalkoni disalah sebuah pulau yang paling cantik bersama Blackberry dan ber-tweett tweett dicampur dengan angin manis lembut meniup sayup hingga hampir membuatkan dia horny setengah mati dengan bikini terlentang sambil minum oren jus paling sedap didunia tanpa iringan lagu White Horse dari Taylor Swift.


*mereka pernah bersama. dulu.

Kelibat.

aku lihat dia

kelibat dia

kelibat yang berlalu laju berlari
sambil
menangis.

kenapa?
kenapa dia menangis?


bunyi tangisan itu semakin jauh.

Bersiul Tak Berlagu.

bilik.

seorang.

cahaya lilin.

teguk coke dengan wiski
bebel bebel bebel
sampai darah gusi
kata kata bersepah
muntah dari hati
rugi rugi rugi
kau tak ada disebelah
saat kau mahu penjelasan dari hati.

Noti.

Hujan lebat
guruh kuat
angin menyengat.

Sejuk.

Hati aku tergerak
untuk
menyelinap masuk kamarmu
dan
tidur menemanimu
dibawah selimut manja.

hehe.

Biar.

biar air itu mengalir mengikut alurnya
biar lirik itu beralun mengikut lagunya
biar rokok dibakar dengan sempurnanya
biar layang layang itu bermain dengan anginnya
biar baju itu muat pada badannya
biar kereta itu selesa dengan pemandunya
biar hujan itu turun dengan lebatnya
biar sepi itu diam bersama hatinya
biar jauh itu tapi dekat padanya
biar mimpi itu berseloka dengan angan angannya
biar minda dengan imaginasinya
biar berdiri dengan segaknya
biar kekosongan itu diisi dengan ubatnya
biar nikotin itu bersarang dengan baiknya
biar rindu itu berlalu dengan tenangnya
biar dendam itu dengan dendamnya

biar

biar.

Petang Itu Bersama Soalan Diam.

ditaman hijau kekuningan
kau dan aku
berpegangan tangan
walaupun basah air masin peluh mengalir
hatiku kau ratah
dengan senyuman yang tak pernah menghampakan itu
gigi putih yang hancur susunannya
bersama cekak reben merah melekat dikepala
lalu kau bertanya

adakah aku yang terakhir
atau akan ada yang seterusnya?

Malam Ini Akanku Selimuti Tubuh Bergetahmu.

malam ini akanku selimuti tubuh bergetahmu
meratah menjilat dari situ ke hujung
berkongsi mimpi diranjang satu
menikmati kenikmatan dalam pekat malam berembun
tanpa bintang dan bulan mengambang
suara halus lembut kau mengerang
anjing liar bersiul garang
kucing nakal bergaduh riang.

Grrrrr..

malam ini, kau milikku
dan sampai akhir usiaku.